© Prepaid4U.net 2006 - 2011

Polisi, Terma dan Syarat bagi menggunakan Website Promosi Replika Prepaid4U.net

Berikut merupakan polisi, terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak kami bertujuan untuk memelihara keselamatan hakcipta dan kepentingan para agen yang berdaftar dengan kumpulan Prepaid4U.

1. Laman web Prepaid4U.Net dibangunkan dan dioperasi sepenuhnya oleh pengasas Prepaid4U.net yang juga merupakan salah seorang agen MyMode/MYeCASH. Laman web MyMode/MYeCASH boleh diakses di http://www.mymode.com.my. Istilah "syarikat" yang digunakan dalam laman web ini adalah merujuk kepada syarikat Advanced Mobile Services & Solutiosn Sdn. Bhd. (AMOSS) yang menaungi program perniagaan M-Commerce MyMode/MYeCASH.

2. Kandungan email follow-up atau apa jua kaedah yang digunakan untuk tujuan promosi daripada laman web ini juga tertakluk kepada hakmilik Prepaid4U.Net. Oleh itu sebarang penyalinan atau penggunaan semula bagi tujuan komersial mesti mendapatkan kebenaran pihak kami terlebih dahulu. Begitu juga dengan isi kandungan setiap cetakan digital yang diberi secara percuma kepada para-para ahli yang mendaftar dengan kumpulan Prepaid4U.Net. Cetakan digital yang dimaksudkan termasuklah dalam bentuk format PDF ataupun apa jua format yang terlibat.

3. Setiap email yang diterima daripada Prepaid4U.Net adalah hasil daripada persetujuan anda sendiri untuk terlibat dalam mailing list Prepaid4U.Net.

4. Keputusan anda untuk menyertai MyMode menunjukkan bahawa anda telah baca dan fahami sepenuhnya segala isi kandungan Term & Condition yang telah ditetapkan oleh syarikat, manakala penyertaan anda sebagai agen MyMode/MYeCASH dibawah kumpulan Prepaid4U menunjukkan bahawa anda telah bersetuju dengan segala isi kandungan halaman ini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas segala bentuk kerugian yang disebabkan oleh kecuaian anda sendiri.

5. Keahlian di Prepaid4U.Net terbahagi kepada 2 iaitu keahlian percuma dan keahlian VIP. Bagi keahlian percuma, anda cuma diberi tempoh selama 30 hari untuk mencuba, meneliti, menyemak maklumat dan memahami perniagaan yang bakal disertai. Seandainya selepas tempoh tersebut anda tidak mengaktifkan keahlian anda kepada VIP atau agen MyMode. Kami berhak untuk memadamkan/memansuhkan keahlian anda dari sistem kami. Untuk mengakses semula maklumat yang terkandung di dalam ruangan ahli Prepaid4U.Net, anda dikehendaki mendaftar semula.

6. Pendaftaran sebagai ahli VIP atau agen MyMode menerusi Prepaid4U.Net ini akan diproses sebaik sahaja kami berjaya mengesahkan pembayaran daripada pihak anda. Bukti pembayaran samada dalam bentuk butiran tarikh, masa ataupun nombor rujukan transaksi boleh dirujuk pada resit pembayaran/transaksi anda. Anda perlu memaklumkan butiran tersebut melalui SMS ataupun email kepada kami. Sila simpan resit pembayaran/transaksi untuk rujukan sehingga anda menerima bukti bahawa keahlian MyMode/MYeCASH anda telah diaktifkan.

7. Sekiranya anda diperkenalkan kepada perniagaan ini secara langsung oleh agen MyMode/MYeCASH dibawah kumpulan kami, anda boleh mendaftar terus melalui agen berkenaan tanpa perlu mengisi borang pendaftaran di laman web ini terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Prepaid4U bagi mendapatkan buku guideline dan material-material promosi yg lain.

8. Kami akan melindungi maklumat peribadi anda yang diisi di Prepaid4U.Net ini. Dan kami tidak akan mendedahkan atau menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa saja kerana kami memahami hak-hak anda. Walau bagaimanapun beberapa maklumat asas seperti Nama dan contact number akan di pamerkan di laman web replika anda untuk tujuan supaya anda boleh di hubungi oleh prospek niaga yang anda mahukan.

9. Anda dilarang keras untuk melakukan SPAM E-mail (menghantar e-mail secara pukal kepada sesiapa yang tidak dikenali) atas tujuan untuk mempromosikan laman web replika Prepaid4U.Net anda. Seandainya kami atau sistem kami mengesan bahawa anda melakukan spamming. Kami berhak untuk memansuhkan atau membatalkan keahlian anda dari terus menggunakan laman web Prepaid4U.Net ini.

10. Anda boleh menggunakan pelbagai kaedah mengikut kekreativiti anda untuk mempromosikan laman web replika Prepaid4U.Net anda. Namun anda dilarang keras untuk melakukan spam. Ini kerana anda juga berhak untuk menjaga imej dan repustasi syarikat dari tercemar.

11. Pastikan ID yang anda daftarkan dari Prepaid4U.Net merupakan nama yang elok dan sesuai dengan adat tatasusila. Seandainya kami mendapati ID tersebut adalah tidak sesuai. Kami berhak untuk memansuhkannya dari digunakan terus dan anda akan diberi notis untuk mendaftar semula.

12. Kami berhak untuk meminda sebarang polisi, terma dan syarat Prepaid4U.Net ini dari masa ke semasa mengikut kesesuaian. Anda disarankan untuk sentiasa merujuk laman web Prepaid4U.Net untuk mengetahui maklumat terkini daripada pihak kami.